Pages

Friday 16 March 2012

Pengeluaran KWSP


Sungguhpun simpanan KWSP anda merupakan simpanan untuk persaraan anda, ini tidak bermakna anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan tersebut sebelum anda bersara. KWSP menyediakan pelbagai kaedah pengeluaran untuk ahli-ahlinya. Pengeluaran-pengeluaran ini terdiri daripada :-

Pengeluaran Sebelum Persaraan
Membenarkan ahli-ahli mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka sebelum mereka mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu ahli-ahli membuat persediaan untuk persaraan mereka nanti.
Pengeluaran ini melibatkan Akaun 2.
(cth. pengeluaran untuk beli rumah, untuk pendidikan, kesihatan)
Pengeluaran Persaraan
Membenarkan ahli-ahli mengeluarkan simpanan setelah mereka mencapai umur persaraan. Selain daripada skim-skim pengeluaran tersebut, ahli-ahli KWSP juga boleh mengambil bahagian di dalam Pengeluaran Pelaburan.
Pengeluaran ini melibatkan Akaun 1.

..sila ke laman web KWSP untuk kepastian..
http://www.kwsp.gov.my/

No comments:

Post a Comment